Saturday, September 10, 2016

Selamat Hari Lahir Mak, 62 usiamu...

Dia ialah wanita ku panggil Mak..dia ialah wanita yg aku panggil mak setiap kali celik mataku..dia ialah wanita yg mana telur goreng mata letak kicap je bertambah2 nasi aku, dia ialah wanita yg sgt sabar dalam segala hal yg jadi, dia ialah wanita yg tiada kebencian dalam hati, dia ialah wanita yg berani maki aku utk sesuatu perkara yg aku salah, dia ialah satu2nya wanita yg mengerti dan faham sedalam lautan hindi betapa aku sgt cerewet makan yg sampai org lain fedup ngan perangai aku, tp wanita ini yg hantar sambal ikan bilis kering dlm tupperware utk lauk makan seminggu, dialaa wanita yg x penah paksa aku makan apa yg aku xnak..dan yg lain tau perli je..klu aku xmakan apa aku xnak aku susahkan ko ke xkan? Wanita ini sgt syg aku luar dalam tepi belakang atas bawah tp xpenah sekali pun dia ckp dia sayang aku, dia rindu aku tp dia x ckp pun tp...aku anak dia aku tau dia sgt rindu aku..sebab akulaa satu2 anak dia yg paling sempoi. Aku always yess, yg mana NO tu aku letak no 2 nyer plan. Aku x suke planning2 sgt itu aku. Aku tau aku bole diharap dlm.segala hal. Aku memang senang nego, biarlaa aku puji diri aku sendiri. Aku tau dia lebih senang ngan aku. Aku tau kata2 aku dan pendapat aku jujur n tajam tp aku ckp sesuatu yg betul. Tp sygnya aku x kaya lagi..x mampu bg apa dia nak beli, pakai, belanja apa dia nak..tp aku akan selalu doa mak abah aku pjg umur supaya aku leh berbakti bukan dgn duit tp ngan masa aku. Agar aku bole bela dan jaga mereka di usia emas mereka. Kalau aku kaya aku xnak keje lagi. Aku nak jaga diaorg, nak basuh berak kencing diaorg. Nak suap makan ke dalam mulut mereka seperti mana mak aku x penah jemu suap makanan  kesukaan aku dlm mulut aku. Ooo emak..barulaa na tau kenapa syurga itu bawah kaki seorang ibu..bukan kerana 9 bln dan sakit melahirkan..tapi rasa cinta ibarat besi dlm hati pada anak tu melangkaui segalanya. Yg mustahil x mustahil bg seorang mak! Nak tau nape..sebab aku sanggup lakukan apa sahaja tuk farisha dan fahri walaupun payah aku hadap jugak, walau terpaksa korbankan perasaan aku sendiri..Ya Allah jika benar doa seorang isteri dan ibu itu didengari dahulu olehMu..pjgkan umur dia untukku..amin..

1 comment:

  1. Perkenalkan, saya dari tim kumpulbagi. Saya ingin tau, apakah kiranya anda berencana untuk mengoleksi files menggunakan hosting yang baru?
    Jika ya, silahkan kunjungi website kami http://kbagi.com/ atau www.facebook.com/kumpulbagi/ untuk info selengkapnya.

    Di sana anda bisa dengan bebas share dan mendowload foto-foto keluarga dan trip, music, video, filem dll dalam jumlah dan waktu yang tidak terbatas, setelah registrasi terlebih dahulu. Gratis :)

    ReplyDelete