Wednesday, December 31, 2014

01/01/2015

Hi Januari 2015...Alhamdulillah masih bernafas ..masih diberi kesempatan..dan masih diberi degupan jantung yang sihat untuk meneruskan perjuangan dalam hidup yang kite tidak boleh berputus asa walau sekali dengan apa2 pun dugaan dan ujian yang datang..Doaku untuk tahun ini..agar segala impian yang telah dirancangankan diberi keizinan oleh Allah S.W.T untuk diperkenankan dan dimakbulkan..Sebagai manusia biasa kite perlu faham dan sedar bahawa segala perancangan yg penuh ketelitian sememangnya boleh dilakukan mengikut akal manusia yang waras lagi bijak tetapi penentuan itu bukan milik kita..sentiasalaa beringat..kite hanya mampu merangcang Tuhan menentukan ... amin..


Buat suami tercinta..isteri mu terlalu mencintaimu..adakalanya sikap dan cara isterimu ini keterlaluan..tetapi di dalam hati ini tiada benci malahan raser cinta yang sentiasa bertambah dan mekar setiap hari. Ketahuilaa jugak akulaa seorang isteri yg tidak pandai mengekpreskan cintaku dgn kata2 kerana aku terlalu malu utk mengucapkan nya..tetapi kasih dan cintaku padamu ku selitkan di dalam setiap perbuatanku..perhatianku dan masa yang aku berikan..ketahuilaa masa tiada ganti..masa tidak boleh berpatah kembali..setiap detik itu sangat berharga..dan itulaa tanda kasihku padamu...jika aku mencintai anak2 lebih drmu..itu tandanya aku mencintai zuriatmu yang datang dr cinta kita dan kasih kite. Doaku semoga kita saling memahami saling membantu dalam meneguhkan lagi keharmonian rumahtangga kita dan menambahkan lagi kegembiran buat anak2 kite yang semakin membesar dan bijak..doakku juga aku dan dirimu kan sentiasa tabah dan sabar dalam apa pun dugaan mahupun ujian yg datang..amin...


Buat anak2 mama..Farisha Fahri..mama terlalu sayang..sangat sayang..apa lagi yang mama boleh katakan..setiap detik mama teringatkan anak2 mama..Maafkan mama sebab kemampuan mama dan abah tidak dapat melengkapan anak2 mama lagi..segala kekurangan mama dan abah akan cuba untuk cukupi walau kami terpaksa berkorban demi masa depan anak2 mama kelak. Zaman ini sangat mencabar sayang...segalanya $$$...mama belum mampu untuk berhenti keje kerana mama x sanggup membebani abah utk tanggung keluarga kite. bagilaa mama sedikit masa utk mama bantu abah dan melengkapi apa yg sepatutnya kite ada dan sampai masa nyer mama akan pegang senduk , basuh periuk, dan mengemas di rumah sepenuh masa. Pada masa tu ..jgn risau..bukan sahaja cikgu di rumah sahaja yang akan tanda buku2 sekolah anak2 mama..tp bersiap sedia..mama laa pengaudit bertauliah di rumah..jgn menangis farisha fahri..tiada timbang rasa dalam pendidikan dan persekolahan mu..displin tetap no 1.. ibu bapa skrg hanya menyalahkan cikgu semata2 dan mengharapkan cikgu untuk mengajar dan memerhati dan anak tidak pada mama..mama masih suke dan akan mengekal kan cara old school mama..i dun care..get ready...mmuaahhh3x hehehhee...jgn lupa ingakan mama untuk belli rotan yang halus tu awwww! degil , malas, keje sekolah x siap..mengaji tergagap...kene sebatlaa yer! ahak!

muuah3x...ok nak masak ...lapar dah ..babai..

Goodbye 2014 & Welcome 2015

Hari ni 31.12.14 hari terakhir di bulan DEC untuk tahun 2014. Esok bermula kisah dan buku baru untuk tahun 2015. Untuk diri aku sendiri..tahun 2014 sangat mencabar minda, hati terutamanya emosi laa..Negara yang dikejutkan ngan pelbagai peristiwa mengejutkan dan menyayat hati..Tp..takdir Allah..mampu ke kite nak tolak..ini laa yang dinamakan takdir..Allah dah atur dan hikmahnya..ganjarannya adalah pembelajaran dan keinsafan kite untuk lebih bersyukur dan sentiasa bersyukur dengan segala nikmat yang diberi dan dimanfaatkan dengan sebaiknya..

Alhamdulillah...syukur padamu Ya Allah..dengan izinmu..aku bernafas dan dapat melihat wajah2 kesayanganku..Suami ku, anak2, mak abah, seluruh ahli keluarga mertua..sangat indah..walaupun aku dan suami melalui pelbagai kepayahan dan berkejar2 masa..sehingga 24jam masa sehari rasa x cukup bagi kami..Bentong- Puchong-Sentul patah balik kesana kemari..tp sangat indah..Terima kasih kerana memberikan kekuatan pada aku untuk hadapi semua ini..

Buat Mak Abah Bentong dan Mak Abah Puchong..terima kasih yang tak terhingga, sudi bantu kami suami isteri mengasuh anak2 kami..dengan penuh kasih sayang..dengan penuh kebersihan..dengan keselamatan yang sangat teliti..Ya Allah..haramkan mereka dr api nerakamu..kerana kami suami isteri tidak mampu membalas segala jasa baik mereka..hanya Kau mampu membalasnya..

2015... Semoga ada sinar baru buat kami..Apa yang pasti..cabaran tetap datang menerpa..sentiasa bersiap sedia menghadapi segala kemungkinan yang tidak dijangkakan..Nona percaya pada diri..taat pada Allah dan suami..pasti kau direstui dan dirahmati selalu! Come ON! JOM MELANGKAH KE 2015!!!

Selamat Tahun Baru..2015!

Monday, December 1, 2014

Sabar Sabar dan Sabar...

Penat...argghhh..kejap Puchong kejap Sentul..dan jarak antara dua tempat ni macam chowkit ngan setapak je..walaupun penat aku gagahkan jugak diri nie..inilaa hadiah perkahwinan..ujian..ujian yang melibatkan perasaan kasih dan kesabaran..mampu melawan kesabaran bermakna..kamu menang!

Setiap hari...aku berdoa memohon agak dicekalkan hati ini dalam menghadapi segala bentuk dugaan yang datang..kadang2 perkara yang tidak disangka itu tiba..membuatkan aku terperanjat lalu ..terjunam ke dalam gaung...

Cinta..aku cinta padanya..aku penah meminta dirinya untukku darimu Ya Allah..lalu ko kabulkan permintaanku..kini dia suamiku..kesayangan ku..cinta ku..lalu ko hadiahkan dua anak yang comel tanda cinta kami bersama..seorang duplicate muka abahnyer..sorang lagi duplicate muka mama dia..tetapi..dua karakter yang berbeza..si kakak yang saling tak tumpah muke abahnyer..memiliki perwatakan seperti aku..dan adiknyer wajah persis aku..tp sikapnyer yang cool dan steady itu ialah sikap abahnyer..hehehe..melayan kerenah mereka..amat menghiburkan hati..memecah sunyi dan menjadi pengubat segala kedukaan..Syukur kepadamu Ya Allah..di atas pemberian yang tidak ternilai ini..jika ada rezeki lagi..berilah aku seorang anak perempuan lagi Ya Allah agar dia dapat menjadi teman kepada Nur Farisha..Muhammad Fahri xpelaa..kalau dia sorang dia lelaki..dia tetap abang dan wali kepada kakaknyer dan adik nyer (insha Allah ) kalau ada rezeki lagi..walaupun dia anak kedua dalam adik beradik..

Ya Allah ..kepadamu ku memohon dan meminta..jauhkan aku dr segala perkara yang tidak baik..jauhkan aku dan keluarga ku dr segala kecelakaan..jadikan aku hambamu yang sentiasa bersyukur dia atas segala nikmat yang telah Kau berikan tanpa batasan..jadikan aku seorang sahabat kepada sahabat2, mampu menolong org2 dan kawan2 dalam kesusahan..jangn jadikan aku seorang yang mementingkan diri sendiri..amin3x..

Anak2 mama tunggu k..mama on the way balik umah nie..lambat sikit..jalan jem..mama love u Kakak n Adik..Na sayang abang dunia akhirat..jgn lupa anniversary kite yang ke-4 tahun 18/12/14 ni..tarikh pernikahan kita 4 tahun yang lepas..mmuah..