Monday, August 19, 2013

Selamat Hari Raya 2013





Alhamdulillah....Tahun nie agak gembira sedikit dengan kehadiran org baru iaitu Muhammad Fahri bin Mohd Fauzi..dah 5 bulan dah dia..Nur Farisha dan Muhammad Fahri betul wat mama x menang tangan, hehehhee, tp mama bahagia, mama happy, wpun penat..mama pun hairan tido kul 3 pagi bangung semula kul 6.30pg mama boleh pergi keje dan seterusnya selama 5 hari bekerja, hari sabtu ngan ahad aje mama boleh berehat..semoga Allah S.W.T. sentiasa berikan kesihatan yg baik untuk mama sampai tua, agar mama boleh besarkan 2 anak mama nie sampai cerdik pandai dan berdikari sendiri.


Tahun nie kami sekeluarga beraya di Bentong dulu, setelah 2 tahun x penah beraya dia rumah sendiri sejak kawen, tp kali nie, merasa balik laaa, rendang omak den tu..kuah kacang mak oiiii sodapnyer..itulah air tangan ibu nie mana leh lawan, padahal dia masak sama je cam org lain masak, ramuan2 pun sama...tp apa yg berbeza..itulaa dia air tangan, memang terbaek laa!

















Yang paling menggembirakan juga, adik mak, merangkap Pakchu kami, datang beraya ke rumah, bermaaf2an di atas silap dan salahnyer..bertahun2 pakchu aku merajuk tanak balik jenguk mak aku dan akhirnya merajuk tu dah abis dan balik dah dia..satu kegembiraan buat kami sekeluarga..seronok2..hr raya yg sangat2 bermakna..terharu sangat..alhamdulillah..




Raya Ke 2 pulak, kami balik ke Kg Gentam, K.Pilah..agak sedih tahun nie sebab makcik saudara ku yg aku panggil Ibu telah pun meninggal dunia, May lepas..agak sugul semua org apabila kami sampai di kampung Abah menangis sebab mengenangkan dia yg paling tua, tp adik yg paling kecik pergi dulu.itulaa namanya mati itu yg kire usia, muda tua, kecik besar bukan urusan kita , tp Allah yang menentukan segala2nya..tinggallah abah dan makngah, tiada lagi ibu (no 4 dr kiri di dlm gbr) di sebelah..selalunye yang paling bising sekali ibulaaa..tp Allah dah jemput dan Menghadap Dia..Semoga Allah mencucuri Rahmat ke atas Rohnya dan bersemadi dengan tenang di sana..

Membesarkan 2 anak yg sangat2 rapat , agak mencabar bagi mama..huhuhu yelah Nur Farisha masih perlukan perhatian, kekadang termarah kat dia sebab dia jolok mulut adik dia..aisey...dah laaa memang xleh letak Fahri kat bawah memang kene buli ngan Farisha, Farisha pulak baru setahun setengah, apa laa yg dia tau, dgr arahan pun xpandai, kene marah nangis kejap pastu dah ketawa balik..itulaa dia perasan kanak2...perasan yg masuk belum masak dan matang..dia menangis apabila dicubit atau dimarah tetapi dia tiada lagi perasaan dendam atau berkecil hati...tp mama tahu Kakak Farisha kakak yg baik..mesti pandai jaga adik bile dah besar nanti..amin..

buat Mak mertua pulak..sangat memahami..disebabkan dia nak balik ke Sg Petani, Kedah..dia suruh aku beraya dulu di Bentong, dan berjanji semula berjumpa pada 3hr raya dia hentian tapah untuk sama2 ke Sg. Petani.. Perjalanan yg panjang..tapi menggembirakan..berbaloi sebab dapat jumpa semua saudara mara sebelah suami ku dan dapat berkenalan lagi dengan saudara mara yg mana belum dikenali, al maklumlaa baru 2 tahun kawin belum dapat kenal abis semua, dapat kenal pun mana2 yg paling dekat dan ada kat KL je. Memang suasana kampung tullah Sg Petani tu..memang tangkap syok laa..dok tengok sawah bendang..tgk padi yang menguning..burung2 berterbangan..satu pengalaman yg x dapat dilupakan..









Haaa bukan seg petani je, tp sempat gak aku ke Penang..teringin tul nak naik Ferri tu kan..dapat gak..nasib baik laa cik abang aku tu sporting orgnyer kan ..merasa laaa..bukan apa..nak bawak anak2, adalah gbr2 kenangan, cam farisha memang xkan ingat laa. tp gbr2 yg aku ambik akan aku tunjuk kat dia dan dia akan tersenyum sowang melihat gelagat dan keletah dia semasa dia kecil...Barang2 boleh beli, tp kenangan...x boleh beli, kenangan hanya boleh dirasa dan diabadikan melalui apa yg kite pandang dan lihat melalui mata dan merasai sendiri betapa seronoknya ketika itu..











3hr 2 malam di Sg Petani sangat2 seronok..pastu semua dah penat..anak2 batuk selsema, mama pun badan dah seram sejuk cepat2 makan panadol..hehehe, esoknyer pulak, abah diaorg pulak huhuhuh penangan jalan jauh kan..heheh, xpelah..semoga kenangan ini akan menjadi kenangan terindah selamanya..

Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir dan Batin dari Kami Sekeluarga

Nona, Fauzi, Farisha dan Fahri...