Wednesday, August 15, 2012

Nak raya dah...

2 hari lagi pose, pastu dah selamat hari raya..ye ye, still sedih sebab bukan muka mak aku yg aku tgk di pagi raya...tp nasib baik ada Nur Farisha aboila kayang mama tu ada tu..itulah nyawa itulah intan payung mama tu..Tahun nie raya pertama mama dan farisha kan kan kan, nanti mama pakaikan farisha cantik2 kite ambik gbr2 ek.

esok last day keje, pastu aku dah kene balik puchong..dah 2x raya umah mertua nie..hope tahun depan suami aku jgn laa bagi alasan yg bukan2 lagi..sedih tau kalau bukan raya umah kite sendiri...

haaaa lupakan segala kesedihan, kami anak beranak, ala kadar je berbelanja, xdelah beriya2 sangat, cume lebihnya kat farisha laaa, kalau laa dia tau dah nak raya nie mesti dia lagi heppi cam anak2 buah aku, farisha baru 6 bulan, masanya itu akan tiba gak..amin..

kat opis aku dok ulang2 je lagu2 raya, nak membangkitkan perasaan nak raya nie..hihihiihih, nak mintak ampun kat suami aku, banyak salah kecik2 nie hihihi, yelah suami isterikan, kalau x bertekak tu x sah, tp itulah yg membuatkan kami saling kasih mengasihi antara satu sama lain..Selamat hari raya semua, drive balik kg hati2 yer, biar lambat asal selamat sudah..semoga bergembira di hari raya..

Sunday, August 5, 2012

Lee Chong Wei pulang dgn Perak di Olimpik London 2012

Alhamdulillahh...setakat nie pose penuh..yee haa, 2 minggu je lagi Ya Allah, berilah aku peluang merasa untuk berpuasa sebulan penuh..semoga doaku dimakbulkan amin...

Rindu nyer aku nak update blog nie..tapi tulah, kesempatan tu xde lagi. Malam tadi..kami serumah dok duduk depan tv tgk dato lee chong wei..wpun tewas, tp bagi aku, tewas dengan bermaruah, bukan x melawan, dan Lin Dan tu menang nasib je, dan nasib utk emas tidak menyebelahi chong wei. aku memang suke badminton, entah laa, bagi aku badminton nie, kene ada fizikal dan mental yg kuat..bak kata abg samsir aku, bayangkan laa satu dunia tgk, kalau ko menang pun org tgk, kalau ko kalah pun org tgk pastu jadi focus2 lensa2 sekeliling. 21-15, 10-21 dan 21-19, bukan ke chong wei kuat. bangga aku tgk skill n perlawanan tu, kalah pun aku x kisah, yg lelain suku akhir pun lum tentu, ini dah masuk final dah tentu laa hebat kan, kalah menang itu adat permainan..Dah lah baru elok dar cedera masa All England..x sampai beberapa bulan dan bersiap sedia utk olimpik pulak. Tahniah Dato Lee Chong Wei..sekurang2nya Malaysia ada jugak bawak balik medal perak dr xde langsung. 

Aku bercita2 nak latih anak2 aku menjadi salah seorang atlet negara, nak sangat, dapat anak lelaki nanti insya allah, tgk laa kecenderungan dan minat dia macamana..anak2 nie memang kite sebagai ibu bapa boleh corakkan kehidupan dia, tp , bile dia dah minat sesuatu, xkkan kite nak halang kan, kite kenelah bagi sokongan dan dorongan agar dia sentiasa cemerlang dalam apa juga bidang yg dia minat. Kalau dia minat main badminton memang aku nak belikan dia raket dan bulu tangkis, hantar dia g masuk latihan..dan bermain untuk negara..semoga cita2 aku nie akan jadi kenyataan..amin hihihi..

oklah tu itu je lah yg aku nak update hari nie, pagi nie dgr radio dato lee chong wei minta maaf..x payah minta maaf, kami bangga sangat2..terima kasih kerana mengangkat nama malaysia di mata dunia. kini dunia tahu, badminton dikuasai oleh negara2 asia, China, Malaysia, Indonesia..Tahniah!!