Monday, July 23, 2012

Farisha 5 bulan dah..

21hb July , Sabtu yg lepas, genaplaa baby kesayangan aku 5 bulan..bahagianya bergelar seorang mama, dr saat Nur Farisha dilahirkan sampailaa ke saat ini..kami berdua x penah berpisah, Farisha pun dah kenal mama dia, bila balik keje terus g ambik dia kat umah kak yus, terus dia tersenyum kambing tgk aku ..bagaimana nak aku gambarkan perasaan ini, tp sememangnya ini laaa ganjaran dan hadiah yg x ternilai buat seorang yg bergelar mama..melihat anak sendiri tersenyum manis..membuatkan aku nak cubit2 anak aku sendiri..mama love u Nur Farisha..

Melihat gelagatnya skrg nie, dah pandai cabut sarung tangan sendiri, cabut sarung kaki dia..dah pandai sangat2 garu2 pale n mata dia, sampai calar laa kulit pale dia ..tido pun pun dah berpusing 360 darjah dah  hihihi, memang dah x leh tido atas katil dah nie, tidolaa je laa bawah ngan abah2 sekali tido bawah ek.

Nur Farisha yg bertuah berpeluang merasai kasih sayang atok dan uwan dari sebelah mama dan sebelah abahnya..lebih lagi di sebelah abahnya, sebab Nur Farisha merupakan cucu sulung keluarga itu..anak buah pertama kepada makngah pija dan paksu pami dia..membuatkan dia terlalu istimewa.. Apa yg pasti semoga Farisha x keliru ngan 2 bahasa yg dia dengar, utara language dan nogori language, hihihi anak mama kene kuasai 2 bahasa tu tau, mama pun baru nak belajar sikit2 bahasa utara hihihi

Skrg nie bulan puasa, puasa kedua kami sebagai suami isteri, puasa pertama untuk aku yg bergelar mama dan bersama Farisha, hihii mama makin sibuk sekarang nie, mana nak menguruskan keluarga dan bekerja, mama kene membahagi kan masa dengan baik. Semoga mama akan sentiasa tabah dan cekal menghadapi situasi ini, keje yg ambil masa hampir 12 jam sehari, sampai rumah melayan kerenah si kecik pulak , membuatkan mama hanya dapat berehat beberapa jam sahaja sebelum pergi keje keesokkannya, wpun keletihan tp mama suka ngan cabaran nie..Kekadang kat opis mama mengantuk sangat , rehatkan mata dalam 15 minit n sambung keje balik. 

Mama cube cr keje lain ..memikirkan segala2nya memerlukan duit skrg nie, bukan laa nak hidup mewah, cukuplaa bersederhana dalam segala hal, mama pun xnak ajar Nur Farisha dgn benda2 yg mewah2, mama nak ajar Nur Farisha, agar bersederhana dalam segala hal, yg penting kemas dan x comot serta kotor..anak perempuan kene jaga kebersihan..

Hari nie hari ke-4 berpuasa, ada lagi 26 hari lagi, semoga Ramadhan kali nie memberikan 1001 pengertian yg paling bermakna buat aku sekeluarga, mendapat pentunjuk dan keberkatan dari Yg Esa dan dapat memperbaiki diri dr segi luaran dan dalaman. Ku syukuri segala Nikmat yg Kau Berikan Ya Allah..Sesungguhnya, Kau Mengetahui apa yg terbaik buatku dan keluarga ku..Kau Maha Pengasih lagi Maha Penyanyang..amin..

Sunday, July 15, 2012

Selamat Berpuasa...

Ya Allah kejap je masa berlalu kan, tahun lepas aku memulakan puasa pertama kami sebagai suami isteri ditambah ngan alahan kuat , masa tu baru nak masuk 4 bulan, dan kini berpuasa kami untuk kali kedua lebih bermakna dengan kehadiran Nur Farisha..baby girl sulung kami hihih..Farisha pun kene bangun sahur gak tau ngan mama n abah hihihi..

Nak ucapkan selamat berpuasa kepada semua, mohon maaf untuk segala kesilapan dan kesalahan yg x perasaan dan tidak disengajakan.

Oklah sekarang nie agak susah sikit nak update blog, time limited laa sangat2..cam2 nak wat, kat tempat keje lain hal, bile balik keje dah kene tukar tanggunjawab..yg pasti bukan balik keje bermakna dah abis keje dan leh berehat k..malahan lagi banyak keje lagi nak wat, walau pun agak penat, aku bahagia..rasanya kalau dok bergoyang kaki pun x syok gak hihihi..

Alhamdulillah , kunci rumah dah dapat dah, pas nie kami akan berpindah ke rumah kami..nak tunggu air je lagi masuk ke rumah pas tu dah leh suruh contractor utk pasang perkara2 penting dulu, yg lelain tu kemudian laa, semua pun duit , aku kene kumpul duit balik..insya allah ...semoga Allah murahkan rezeki kami sekeluarga dan permudahkan segala yg baik untuk kami..amin..

Nur Farisha pun dah 4 bulan lebih dah , 25hb Julain  nie appointment ngan klinik, haaa nak kene cucuk lagi, demam laa lagi laa farisha mama nie..tapi xpe anak strong, anak mama good n anak mama clever kan kan kan..

Akhir kata, chewah cam tulis surat cinta pulak hahahhahahaha, rindu kat semua kawan2 blog. Insya allah if semua dah settle, aku akan kembali berblog dengan aktifnyer hihihihihihi...sekarang nie banyak hal yg x settle lagi, pening pale, tapi xper, segala Ujian yg Allah bagi itu tandanya Allah sayang pada kita, dan Allah yg maha pengampun lagi maha penyanyang tidak akan sesekali menguji hamba2nya di luar kemampuan hamba2nya..semoga jumpa lagi!