Thursday, February 9, 2012

39 Minggu dah...

Ya Allah kejapnyer..tp betullah kak long aku cakap , lagi dah nak due, cam nak merayu kat baby sendiri, cepatlah kuar sayang...sebabnyer..badan dah totally dah x sedap langsung..dengan perasaan bercampur baur, baca al-quran pun kekadang leh menangis ngan tetiba, entah apa yg aku pilu kan dan sayukan..aku akan lagi sedih bile suami aku dtg dekat dan dengar aku mengaji..

Malam aku cuba tido awal..sebab senang nak tido badan dah letih seharian kat opis, sekali aku dah bangun nak terkencing dalam kul 3am..terus aku x leh nak lelap dah mata, mula laa aku kacau suami aku kat sebelah nak ajak berborak2 ermmm gerak camne pun xnak bangun..kemain sedap lagi berdengkur..jelesnya..Pagi td aku terjaga kul 5am..terasa lapar sangat, aku g dapo bancuh milo panas n aku makan biskut tiger..aku suke biskut tu, bukan budak tadika n budak darjah 1 je suke, memang sedap, kalau cecah kat milo panas tu terus masuk mulut..adelah 6 keping aku makan..baby aku lapar..cian dia..dah abis segelas milo panas + biskut..barulaa aku raser lega sikit...then pergi laa peluk suami aku ...terlena kejap dgr azan subuh, aku bangun2 mandi solat..n siap2 g keje..

Ramai nasihatkan aku ambik cuti awal...tp kalau cuti awal, aku dok sowang2 kat umah lagi laa bahaya..kat opis nie pun boss aku pun xdelah suruh2 aku wat keje sangat, kekadang aku larat aku wat, x larat kang aku rehat laa kat tempat aku ..cuti aku pun x lama, al maklumlaa keje swasta, 60 hari je, kalau keje gomen, anak sulung nie dah pasti aku akan ambik 90hari..tp aku x berpeluang dapat keistimewaan camtu..x sabar jugak nak cuti lama nie..x penah aku cuti lelama..nak rest kat umah, peluk2 cium baby aku ...mesti sedap bau baby kan..aduh..anak mama cepatlah  lahir sayang..bagilaa tanda kat mama nie..

Kawan2 mohon maaf andai ada salah kata yg x disengajakan ek, manusia biasa, x lari dari wat salah...doakan aku ek..cuak2 gak , tp kene gak hadapi hakikat nie..apa2 pun semoga aku bersemangat dan tabah..segala kesakitan yg dirasai adalah suatu nikmat dr Allah s.w.t dan pengapus segala dosa..semoga aku kuat dan tabah menghadapi nya amin10x...

Friday, February 3, 2012

Pelangi Kasih di TV3..

Haa..nak ceta pasal drama setiap selasa-kamis kul 10.30pm nie..adoi, x berniat langsung nak tgk n melayan ceta nie..tup2 hr yg aku tertengok drama nie, merupakan episod pertama..tertengok n now dah terlayan kesudahannya x leh tinggallah..hahahha pas tu yg berlakon semua pandai pulak berlakon ditambah ngan lagu yg jiwang abis oleh Awie Rafael...kebetulan pelakon feveret aku ade laaa berlakon dalam drama nie..sape lagi kalau bukan Johan A'saari kan ..tu yg menjadikan confirm aku akan follow drama nie..dalam drama nie dia bukan berlakon jahat..dia jadi baik..itu yg buat aku suke tu hihiih..


Ini adalah Sinopsis untuk drama nie...yg pasti ada gak aktiviti aku memalam dr x tau wat apa layan..

Membariskan pelakon-pelakon handalan seperti Nabila Huda, Puteri Sarah, Beto Kushairy, Johan Ariff Asa’ri, Wati Sadali, Fathil Dani, Abu Bakar Juah dan ramai lagi, drama bersiri 25 episod ini mendapat sentuhan kreatif daripada sutradara Mohamed Feroz Kader dan penulis skrip Zahirah Hassan.

Mengisahkan persahabatan erat antara Sofea (Nabila Huda), Azlin (Puteri Sarah) dan Zafrul (Beto Kushairy), Sofea berkawan rapat dengan Azlin sejak zaman persekolahan walaupun berasal dari latar belakang keluarga yang berbeza. Azlin bakal mewarisi perniagaan daripada datuknya, Haji Mahmod, Pengerusi Green Global Sdn Bhd manakala bapa Sofea ialah seorang guru agama di surau dan bercucuk tanam untuk menampung keluarganya.

Zafrul (Beto Kushairy) yang tinggal berhampiran dengan mereka berumur 2 tahun lebih tua daripada Azlin dan Sofea banyak membantu mereka dalam pelajaran. Malah, Zafrul yang cemerlang dalam pendidikan menjadi teladan kepada Azlin dan Sofea untuk berjaya.

Setelah tamat pengajian di universiti, Sofea dan Azlin menyertai syarikat Green Global Sdn. Bhd. Di bawah pengurusan dua wanita muda in,i GREEN GLOBAL SDN.BHD meningkat dengan pantas. Azlin memang cekap dalam pentadbiran dan perhubungan dengan pelanggan. Sementara Sofea begitu bijak membawa pelabur luar masuk ke dalam negara dan melabur dalam bidang hartanah.
Hubungan erat Azlin, Sofea dan Zafrul berjalan lancar sehingga Zafrul membuat keputusan untuk mengahwini Azlin. Sofea terluka kerana cintanya kepada Zafrul dipermainkan.

Untuk mengukuhkan kedudukan Zafrul dalam syarikat, Azlin telah memberikan jawatan yang sepatutnya menjadi milik Sofea kepada Zafrul. Sofea berasa kecewa dengan Azlin kerana menganggap Azlin cuba menyingkirkannya secara halus.

Pengenalan Sofea dengan Omar (Johan Ariff Asa’ri) yang merupakan pesaing kepada Green Global Sdn Bhd menimbulkan rasa tidak senang hati oleh Zafrul. Akhirnya, Sofea dikhianati dan dipecat atas tuduhan pecah amanah oleh Azlin yang cemburu dengan prihatin Zafrul atas Sofea.

Selepas Sofea berkahwin dengan Omar, syarikat Lembayung Delta Sdn Bhd milik Omar telah mengalahkan Green Global Sdn Bhd untuk mendapatkan tender tanah. Bagi menjaga kepentingan syarikat pada masa depan, Zafrul berikhtiar untuk ‘menghapuskan’ Sofea dan Omar dari dunia korporat.

Sofea terluka dengan pengkhianatan 2 sahabat baiknya dan menghilangkan diri di kampung halaman Omar.. Apakah Sofea akan bertemu semula dengan Zafrul dan Azlin? Saksikan kesudahan Pelangi Kasih di slot Samarinda mulai 19 Januari 2012, setiap hari Selasa hingga Khamis jam 10.30malam.

Dan in pulak senikata lagu tema untuk drama nie, nyanyian Awie Rafael...memang kene ngan drama nie..best!

Hancur hatiku hatiku ini
Meskipun tiada pun yang tahu
Aku berdoa aku kan cuba
Meskiku tak lagi percaya


Namun ku masih tetap mencuba
Hampa hati yang ada di langkah kaki
Namun tetap ku menanti


Bukankah aku yang kau mengatakan cinta
Bukan diriku yang kau janjikan semua
Luluh hatiku menantikanmu
Menantikan jawabmu ohh


Meskipun engkau bukan seperti yang dulu
Namun ku tetap disini menantikanmu
Sampai hatimu tinggalkan aku
Namun cintaku tetap hanya untukmu


Bukankah aku yang kau mengatakan cinta
Bukan diriku yang kau janjikan semua
Luluh hatiku menantikanmu
Menantikan jawabmu ohh


Meskipun engkau bukan seperti yang dulu
Namun ku tetap disini menantikanmu
Sampai hatimu tinggalkan aku
Namun cintaku tetap hanya untukmu


Wednesday, February 1, 2012

Ya Allah, selamatkanlaa aku dan bayi aku

Hari 2 Feb 2012, genaplah usia kandungan aku 38 minggu...due 15hb nie..semoga Allah s.w.t mempermudahkan proses kelahiran anak sulung aku nie..hati nie berdebar2 gak, tp cube berfikiran positif dan pikirkan dan bayangkan wajah baby aku yang aku nak tgk sangat yg dok selalu main2 ngan aku nie..Ya Allah aku hambamu memohon pertolonganMu, bantuanMu, keredhaaanMu..bantulaa aku...semoga segalanya akan berjalan lancar..inilah zuriatku, dan kurniaan dr Allah yg tiada nilai dengan apa2 pun..tanda cinta kami suami isteri, semoga kami berdua akan menjadi ibu bapa terbaik buat anak ini..amin..

Inilah kedudukan bayi aku sekarang dalam perut aku nie..Ya Allah..ciptaanMu Teragong dan ajaib sekali..segala2Nya sempurna dan selesa, ku bersyukur di atas segala Nikmat dan KurniaanMu..amin..