Assalammualaikum..

Rindu nak menaip kat blog nie, tp tu laa, dah de baby nie kesempatan nak mengadap PC lelama tu x dapat laa ek, bila anak tido, belum tentu aku leh tido n online, tp waktu baby tu tidolaa, aku mengemas, basuh pinggan, gosok baju keje suami aku dll laa..aku x ceta lagi kan pengalaman aku bersalin baby aku nie, alhamdulillah, segala-galanya dipermudahkan Allah S.W.T, tanda2 besar aku nak bersalin , aku turun lendir2 darah hari aku check up kat klinik, terus dapat surat kene menyerah diri kat HKL, maser turun darah tu xdelah banyak sangat, n x terasa sakit lagi..aku leh kemas2 lagi kat umah, siapkan barang nak bawak g hosp..nak tau sakit contraction tu dtg bile jeng jeng jeng..bermula pukul 12 tgh malam 21/2/12..bermula aku gigit2 bantal n menjerit2 bile contraction tu dtg..x senang duduk laki aku dibuatnya, kalau diingat2 balik sakit yg dtg tu memang trauma sementara aku ..tp itulaa, kesakitan tu kenangan bagi aku ..kami suami isteri x tido malam pun, tido pun, tido2 ayam, kejap2 aku menjerit tahan sakit, aku sabar lagi..lepas subuh aku mandi2, terus g hospital, lendir makin banyak turun, aku pun pakai pad siap2, kang kalau banyak turun kang x pasal berdarah2 kain aku jap lagi. contraction dtg aku tarik nafas panjang2 sambil menahan sakit..pepaham laa HKL kan ramai org, takut gak aku kalau x leh control sakit kang aku menjerit kat situ pulak, aku sampai2 je, terus nurse kat situ ambik buku merah aku n terus pergi check n scan sebab aku ckp aku tgh menahan sakit, time nie laa yg semua wanita paling takut lelagi bile doctor tu dah pakai glove tu kan nak menyeluk...aku tarik nafis panjang, 1st seluk tu aku cam terperanjat sikit laa, memang laa dia letak gel, nak bagi licin tp terperanjat tetap terperanjat, pas tu dtg doc perempuan cine lagi sowang seluk aku lagi kali ke 2 aku kene seluk kejap2 je, kali kedua tu aku x terperanjat sangat dah, sebab dah get ready untuk diseluk n aku memang dah tarik nafas dalam2 nak kurangkan rasa sakit ...camtulah kene tarik nafas panjang n dalam2..2nd doc tu nak confirmkan bape bukaan pintu rahim aku, terus dia cakap Puan confirm 3cm dah bukak kite kene tahan puan..aku pun mengangguk , aku bangun tgk lendir2 makin banyak, aku pakai pad baru n aku cakap kat suami aku, kene tahan dah bukak 3cm, mak aiii..punyerlah menahan sakit dr tengah malam td, baru bukak 3cm..ader 7cm lagi nak kene tunggu...Tp Allah permudahkan segalanya..sakit dtg lagi, kejap2 dtg, sampai aku atas katil kat wad, malu nak pandang kakak sebelah katil aku sebabnyer, aku menahan sakit (memang sakit gile) meleleh2 air mata aku, kebetulan masa aku masuk wad tengahari, makcik yg dtg melawat kakak sebelah tu kesian kot tgk aku, dia yg ckp kat nurse, adik sebelah nie sakit sangat, kang bersalin pulak, terus nurse tu panggil aku nak seluk cek jalan lagi..telan air liur aku dgr nak kene seluk lagi, tp kali nie aku relakan aje sebab kalau dia x seluk x tau bape bukaan dah bukak..tup2 dah 5cm..aku pun terkejut, banyak yg cakap anak sulung nak bukak 1cm = 1 jam , aku kejap2 dah tambah 2cm lagi, terus nurse ckp, kami nak antar awak masuk labour room, puan cuma bawak pampers, baju dengan napkin sahaja. aku punya laa sakit sampai hp pun aku pun tertinggal, aku redha je kalau hp aku tu hilang, nasib baik aku x pakai BB or iphone memang aku patah balik ambik laa hihihi, sampai kat labour room sakit semakin kerap, ader 1 doc ngan beberapa practical student kat situ yg menghadap aku, tp x yah laa nak malu, kesakitan contraction tu mengatasi malu, doc ckp nak buang air kencing aku, nak bagi baby senang nak kuar..aku pun angguk n merelakan je.selepas contraction dtg x henggat..Ya Allah mengigil2 aku menahan sakit sambil pegang katil tu, aku rasa nurse a.k.a bidan tu kesian kat aku kot, kebetulan dia sebaya aku, sebab aku tgk kat kad dia, nama dia Ernie Dalina lahir tahun 1982, dia pun offer aku ephidural..masa tu aku x pikir apa dah, aku kata aku nak ephidural tu..ubat penahan sakit, aku pun dah bukan 5cm, nak tunggu 5cm tu pun satu percaturan antara hidup dan mati, bile ubat tu dah masuk kat bdn, baru laaa aku leh tenang sekejap..bila aku leh bertenang maksudnya bole laa aku berehat sementara nak menunggu sakit nak meneran pulak..dalam pukul 5.30pm bidan tu nak cek jalan n nak buang kencing aku lagi, tup2 dia terkejut tgk pale baby dah nampak..dia terus ckp ngan aku kalau sakit teran...cara teran, pegang kaki sendiri n tarik nafas dalam2, jgn tergesa2 relax je. suami aku pun ada kat sebelah aku, aku x pegang dia laa, sebab bidan ckp lagi senang pegang kaki sendiri, tenaga lagi kuat. 4x aku push, selamat laa baby aku melihat dunia, dia kuar je terus nangis tanpa perlu tepuk..sememangnya detik indah dalam hidup aku, suami aku pulak kat sebelah, memang rezeki dia nak tgk anak dia sendiri lahir dari perut aku. disebabkan aku selalu minum air kelapa kan..baby aku bersih, xde darah sangat, lendir jernih menyelimuti dia, bidan tu lap2 dan terus letak atas dada aku..kegembiraan yg x terkata..senyum ada, nak nangis ada, ini laa rupa2 baby yg dok dalam perut aku , aku bawak g memana, yg bergerak2 menendang2 dalam perut aku ..masa dia lahir, dia terus bukak mata dia..n pandang aku..aku dah xpedulik dah apa bidan2 tu nak buat kat bawah aku tu, bile nampak baby, memang satu kepuasan yg x terkata..pas tu bidan mintak suami aku kuar kejap, sebab dia nak settlekan aku..hihi maksudnya dia nak bersihkan baby, nak jahit bawah aku tu, sebab bidan tu gunting sikit laa..masa nak meneran dia gunting n aku x rasa apa2 pun..sakit tu mengalahkan sakit mata gunting tu..Jahit tu hidup2 tau, tapi sebab ada ephidural aku x rasa sangat laa sakit tu..bile dah abis ubat tu baru laa terasa pedih, nak kencing berak semua takut..baby aku lahir seberat 3.0kg, berat uri aku pulak 600 gram, uri aku cantik, cam rambut bertocang, sampai ader nurse dr pusat darah negara mintak izin nak ambik darah tali pusat aku, sebab uri aku diantara uri yg terpilih. darah tali pusat rupa2nya adalah ubat penyembuh penyakit leukimia.suami aku n aku dgn seikhlas hati memberi keizinan dan menderma darah tersebut..pas tu pusat darah negara ambik darah aku sikit n bagi sijil kat aku. nanti anak aku dah besar aku nak tunjuk kat dia. darah tali pusat tu akan disimpan selamam 15 tahun..lama gak ek.


Yang x bestnyer pas 1 jam aku selamat bersalin, aku demam pulak, demam + mengigil2 satu badan, aku kene tahan kat labor room lama laa sikit , siap kene makan panadol pas tu denyutan nadi aku tinggi je, cam org baru pas berlari..berdebar2 sangat kot hihihi..pas aku dah ok aku ditolak masuk wad ngan baby yg dah siap mandi..maser tu baby tido je, lelap mata je, dia ingat dia dalam perut lagi kot..xdelah menangis n meragam, dia diam je, pastu dia nangis sikit2 aku susukan dia, susu pun x bape nak kuar lagi, tapi aku bagi gak, susu awal ibu memang antibodi terbaik utk baby, then dia berak hitam, kerap dia berak nak bersihkan perut dia, nasib baik laa aku dah prepare bebarang baby beli yg kecik2 je, senang letak dalam beg, aku pun takut gak nak melangkah2, yelah bawah berjahit kan, darah lagi turun, darah banyak pulak tu, pad tebal n panjang aku pakai pun penuh, aku sampai kencing pun terpaksa berdiri ngeri ngan kepedihan tu...Yang paling aku terharu sangat, adik murni,amar n putri dtg, tp amar n putri x naik ke wad sebab dah malam, adik murni sowang je yg naik itu pun pakai pas suami aku..apa lagi drama nangis2 lagi kami adik beradik kat atas tu ..siap bawak hadiah, kamera dia laa kamera pertama yg snap gbr baby, aku pun x pakai hp berkamera so aku pun xde lah gbr farisha yg tul2 dah kuar dr perut, murnie ada..alhamdulilah nanti nak mintak copy semua gbr2 kat dia..dia laa yg tolong bedungkan baby semua, tq dik, bersalin kat hosp gomen, x leh nak manja2 sangat, semua kene wat sendiri..so kene tabah sikit , nurse tu pun dtg sekali sekala je jengok2 aku n baby, yg lain ko watlah sendiri, inilah beza bersalin kat private n gomen, aku xkisah laa janji aku n baby selamat..aku pun nak berterima kasih kat suami aku n UM, disebabkan GL suami aku, segala2nya percuma, RM1 pun xde bayar, aku g check up kat klinik kesihatan selama 9 bulan pun x bayar sesen pun, terima kasih kpd kerajaan gak, aku pun bukannya kategori org berpendapatan tinggi, so segala kemudahan lelagi bab2 kesihatan nie amat2 diperlukan.


Aku kene tahan wad satu malam jer, keesokkan harinya doc dtg tgk baby n aku, tanya baby dah kencing ke berak, aku kata dua2 dah, terus je dia sign surat kuar wad tu..yelah ramai lagi kat bawah yg tgh tunggu nak bersalin cam aku ni haa..aku pun memang nak balik cepat, dah x sabar nak melalui proses berpantang 44 hari kat bentong.ramai gak yg dtg melawat, antaranya mak aku, abah puchong,alg nilam, abg zamani n kak ira, makcu, mak lin, erin, aku xkkan lupa semua tu, terima kasih banyak2.

Aku pun nak ucapkan terima kasih kat semua yg bagi duit, hadiah kat Nur Farisha, alhamdulillah segalanya berjalan ngan lancar..kenangan indah detik2 kelahiran Nur Farisha akan menjadi kenangan manis dan indah seumur hidup aku dan suami..Syukur di atas Kurniaan dan Rezeki Yang Kau limpahkan kepada kami..alhamdulillah, semoga kami suami isteri, saling bekerjasama dan berkomunikasi dengan baik dalam membesarkan anak kami sehingga dia dewasa dengan penuh kasih sayang dan didikan yg sempurna, tabahkan hati kami, cekalkan hati kami, murahkan rezeki kami, berikan kesihatan yg baik sepanjang hidup kami..amin2 Ya Rabbal Alamin..